top of page

Permohonan SKDS Sabah, Sarawak, Labuan dibuka dalam talian dan fizikal

  • nabalunews
  • May 5
  • 2 min read

5 Mei 2026


SANDAKAN: Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kini dibuka secara dalam talian dan fizikal bagi 23 kategori kenderaan pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan bagi ketiga-tiga wilayah berkenaan telah mula dibuka pada Isnin melalui portal MySubsidi di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my.


Menurutnya, bagi membantu syarikat atau entiti yang ingin membuat pendaftaran secara terus, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan menyediakan kaunter bergerak.


“Kaunter bergerak ini dilaksanakan menerusi program turun padang KPDN seperti Program Mini Karnival, Program Jualan Rahmah Madani serta Hari Bertemu Pelanggan.


“Selain itu, pembukaan kaunter juga dilaksanakan di pejabat KPDN negeri serta cawangan di tiga wilayah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Armizan berkata, pendekatan itu bertujuan memudahkan urusan pendaftaran, khususnya bagi syarikat di kawasan luar bandar atau yang memerlukan bantuan secara bersemuka.


Dalam pada itu, katanya KPDN turut melaksanakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi memastikan pelaksanaan pendaftaran SKDS berjalan lancar.


“Antara pihak berkepentingan yang terlibat ialah agensi kawal selia termasuk Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


“Selain itu, ia turut membabitkan syarikat minyak utama yang beroperasi di Sabah, Sarawak dan Labuan, selain persatuan industri seperti persatuan bas dan persatuan teksi,” katanya.


Syarat kelayakan pendaftaran SKDS bagi kenderaan pengangkutan darat ialah mempunyai Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) yang sah dan aktif, serta berdaftar sebagai kenderaan Perdagangan dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah atau Sarawak.


Selain itu syarikat, perniagaan, koperasi, perdagangan perlu berdaftar dengan SSM, PBT atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di samping tersenarai dalam 23 kategori kenderaan darat barangan yang diluluskan di bawah SKDS.

 
 
 

2 Comments


Harry Potter
Harry Potter
2 days ago

Overall, the key balance here is between celebration and convenience. With clear communication and effective traffic management, it is possible deixar foto 4k to ensure that events like Hari Etnik Sabah are both enjoyable for participants and manageable for the general public.

Like

Sarah Williams
Sarah Williams
2 days ago

At the same time, it is encouraging to see cultural events being organized at this level, as they play a key role in strengthening descarga de videos sin marca de agua unity and showcasing local traditions. Festivals like this not only celebrate diversity but also support tourism and local businesses, which can have a positive long-term impact on the region.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page