top of page

Perpaduan Komuniti Mangkulat Jadi Teras Kejayaan Kaamatan 2026 – Carlye

  • nabalunews
  • Jun 2
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


1 Jun 2026


KOTA BELUD: Pesta Kaamatan Kampung Mangkulat 2026 berlangsung hari ini di perkarangan Pelancongan Tagal Malag-Alag, Kota Belud, dengan perasmian diwakili oleh Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri III, Carlye Lajimin.


Beliau mewakili Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Perindustrian Keusahawanan Dan Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, selepas yang terakhir tidak dapat hadir kerana komitmen menghadiri Pesta Kaamatan serentak di 13 buah kampung di kawasan Kadamaian pada hari yang sama.


Dalam ucapan perasmian, Carlye merakamkan tahniah di atas penganjuran Kaamatan Kampung Mangkulat yang berjaya dilaksanakan hasil perpaduan komuniti setempat.

Mengenai permohonan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), beliau memberi jaminan akan mengusahakan untuk membawa isu berkaitan kepada Ewon.


Terdahulu, Pengerusi JKKK merangkap Pengerusi Penganjur, Jemson Sati, mengalu-alukan kehadiran rombongan perasmi. Dalam ucapannya, beliau turut memohon perhatian terhadap beberapa keperluan infrastruktur di kampung tersebut.

Antara pengisian Kaamatan yang diadakan termasuk pertandingan Sugandoi, masakan tradisional, serta sukaneka kanak-kanak bagi memeriahkan lagi suasana Kaamatan santai di perkarangan Pelancongan Tagal Malag-Alag.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page