top of page

Pertandingan ‘Mantap Tawau Vlog Challenge’ cungkil potensi anak muda, promosi Tawau di media sosial

  • nabalunews
  • Oct 30
  • 1 min read

ree

30 Oktober 2025


TAWAU: Pertandingan ‘Mantap Tawau Vlog Challenge’ dilihat mampu mencungkil potensi anak muda dalam bidang penciptaan kandungan serta memperkenalkan Tawau ke mata dunia melalui pendekatan santai di media sosial.


Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap Wui Lip berkata, daerah ini bukan sahaja terkenal dengan makanan enak, tetapi juga mempunyai masyarakat yang baik dan ramah serta hadir dengan pelbagai kisah menarik.


Justeru itu, beliau menggalakkan generasi muda agar memanfaatkan kreativiti dan teknologi untuk mempromosikan keindahan serta keunikan Tawau di platform media sosial.


Menurutnya, langkah itu penting sebagai salah satu usaha membantu merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.


“Setiap Vlog merupakan cerminan Tawau itu sendiri. Kita akan terus menganjurkan program seumpama ini di masa hadapan agar karya visual menjadi kuasa promosi daerah ini dengan lebih meluas,”katanya.


Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata demikian sempena majlis penyampaian hadiah pertandingan anjurannya itu di Pejabat DAP Tawau, di sini, semalam.


Menurutnya, program tersebut berjaya menarik penyertaan memberangsangkan dalam kalangan anak muda dan peminat seni fotografi yang menampilkan karya-karya unik daripada pelbagai peringkat umur.


Katanya, para peserta menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memaparkan keindahan landskap, makanan, budaya dan keramahan masyarakat Tawau serta memperlihatkan keunikan bandar ini.


Beliau berharap menerusi pertandingan itu akan mempromosikan Tawau agar lebih ramai masyarakat luar dapat melihat keindahan daerah ini, sekaligus menggerakkan ekonomi setempat.


Sementara itu, Anugerah Vlog Terbaik dimenangi oleh Tsang Li Min dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 000; Anugerah Kreativiti Terbaik (RM500) dimenangi Ng Xuan Yi; Anugerah Sinematografi Terbaik (RM500) dan Anugerah Paling Popular (RM300), kedua-duanya dimenangi April Lim.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page