top of page

Pesawat Air Asia Alami Masalah Teknikal Mendarat Cemas Di KKIA

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

ree

28 Disember 2025


KOTA KINABALU: Pesawat AirAsia terpaksa mengubah haluan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas dilaporkan mengalami masalah teknikal.


Pesawat Airbus 320 itu yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Bandar Seri Begawan itu dilaporkan selamat melakukan pendaratan kecemasan tanpa sebarang kejadian tidak dingini.


Difahamkan, sejurus berjaya mendarat, semua penumpang dan anak kapal turun dalam keadaan selamat sebelum menaiki pesawat gantian menuju ke destinasi yang dituju beberapa jam selepas itu.


AirAsia dalam kenyataannya menegaskan, juruterbang pesawat berkenaan mematuhi prosedur ditetapkan dalam keperluan operasi dan berjaya mendarat dengan selamat di KKIA.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Captain Fareh Mazputra, berkata pesawat AK278 berkenaan kemudian menjalani pemeriksaan diperlukan.


Manakala katanya, semua penumpang terlibat meneruskan penerbangan menggunakan pesawat gantian pada jam 8.08 malam, semalam.


“Kru kabin dan pesawat bertindak mengikut prosedur sedia ada dan kesegeraan untuk menangani situasi.


“Dengan pelan penerbangan akhir tahun sedang berlangsung, pasukan kami memberi tumpuan dalam meminimakan gangguan.


“Kami bersyukur terhadap kru kabin dan pesawat atas profesionalisme mereka dan kepada penumpang kami atas kesabaran dan kefahaman mereka terhadap tugas pasukan kami untuk memastikan mereka selamat dalam penerbangan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page