top of page

PGA Rampas Minyak Petrol Cuba Diseludup

  • nabalunews
  • Aug 17, 2025
  • 1 min read

17 Ogos 2025


KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai cuba menyeludup petrol bersubsidi ke negara jiran di perairan selatan Pulau Mataking, semalam.


Kedua-dua lelaki terbabit berjaya ditahan PGA Batalion 22 Kunak menerusi operasi Op Taring ESSZone.


Komander Briged Sabah PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi yang diketuai Pos Platun Tak Mataking itu menahan sebuah bot kayu selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berusia lingkungan 30-an gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri selain membawa 14 gelen berisi petrol yang dipercayai untuk diseludup keluar negara.


"Turut dirampas, sebuah bot kayu sepanjang 30 kaki, dua enjin sangkut Yamaha 40HP, dua batang klip enjin bot serta 14 gelen petrol dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM22,817.50.


"Semua tangkapan dan rampasan kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Semporna untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Abdul Rani berkata, kejayaan itu membuktikan usaha pihaknya dalam mengekang cubaan penyeludupan minyak bersubsidi sekali gus memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.


"PGA Kunak akan terus mempertingkatkan operasi bagi membanteras jenayah rentas sempadan di kawasan tanggungjawab," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page