top of page

PIBG SMK Konven St.Cecilia beri Insentif Khas kepada pelajar

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 18, 2021
  • 2 min read

Updated: Aug 19, 2021




18 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Konven St Cecilia akan memberikan Insentif Khas kepada murid Tahun 6 yang mendaftar dan bersekolah di sekolah itu bagi kemasukan Tingkatan 1.


Yang Dipertua PIBG SMK Konven St Cecilia, Dr Peter Jr Naintin berkata, insentif itu berupa sumbangan wang kepada murid yang mendapat Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 6 yang baik dan akan dilaksanakan pada Mac 2022.


“Ini terbuka untuk murid yang mendapat keputusan minimum 3A. Bagi murid yang mendapat keputusan 6A, sumbangan wang sebanyak RM300 akan diberikan untuk membantu mereka dalam aktiviti pembelajaran,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bulan Kebangsaan sekolah itu secara maya, baru-baru ini.


Program anjuran Bidang Kemanusiaan SMK Konven St Cecilia Sandakan itu akan berlangsung sehingga 16 Sept ini.


Dr.Peter berkata, walaupun negara kini menghadapi pelbagai krisis Politik, Ekonomi, Akademik dan Kesihatan namun sebagai warga sekolah, mereka perlu memastikan pembelajaran berterusan secara PDPR.



“Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan aktiviti PIBG SMK Konven St Cecilia Sandakan sepanjang tahun dengan memperkenalkan program #PIBG Prihatin 2021.


“PIBG mengambil inisiatif untuk membantu pihak sekolah mencapai kedudukan terbaik dalam menghasilkan murid cemerlang di daerah Sandakan.


“Pihak PIBG juga telah mewujudkan Biro Kebajikan dan Biro Kegiatan Prestasi untuk membantu warga sekolah dalam merealisasikan tujuan murni ini.


“Biro Kebajikan berperanan untuk mengenal pasti dan menyenaraikan warga sekolah yang memerlukan bantuan kebajikan,” katanya.


Beliau berkata, pihak PIBG telah memberikan sumbangan untuk meringankan beban guru dan murid yang kehilangan ibu atau bapa.


Selain itu katanya, Bantuan Prihatin Murid dan Bantuan Kasih berbentuk sumbangan peralatan tulis, kredit telco dan Bakul Makanan untuk para murid dengan keluarga yang berpendapatan rendah dan hilang sumber pendapatan juga dilaksanakan.


“Satu lagi Biro Kegiatan Prestasi berjaya dibentuk untuk mengenal pasti dan membantu para murid yang berusaha untuk cemerlang dalam pembelajaran mereka.


“Terdapat empat kategori yang diperkenalkan untuk Murid Cemerlang SPM (5A-11A), Murid Cemerlang Tingkatan 3, Program Motivasi Murid (tiga murid terbaik dalam setiap Tingkatan) dan Program Peningkatan Prestasi Murid.


“Awal tahun ini, pihak PIBG memberikan ganjaran sebanyak RM800 kepada pelajar yang mendapat Keputusan SPM 11A. Diharap ganjaran ini serba sedikit dapat membantu pelajar tersebut untuk meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi nanti," katanya.

コメント


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page