top of page

PKP: TIADA SEKATAN JALAN RAYA KAWASAN KOTA KINABALU, PENAMPANG DAN PUTATAN – MASIDI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 13, 2021
  • 1 min read


13 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiada sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan kerana ia termasuk dalam satu daerah iaitu Kota Kinabalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


“Kawasan PKP untuk Kota Kinabalu adalah merangkumi tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.


"Ini bermakna tidak ada apa-apa sekatan perjalanan dalam tiga kawasan ini kerana ia dianggap sebagai satu daerah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai laporan sekatan jalan raya (SJR) hari ini, Masidi berkata, sebanyak 12 SJR dilaksana melibatkan pemeriksaan 6,993 kenderaan.


“Daripada jumlah tersebut, empat buah kenderaan diarah berpatah balik manakala 18 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP Covid-19.


“PDRM juga telah melaksanakan 63 hebahan melalui kereta peronda,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page