top of page

PPM SEMPORNA RAMPAS MINYAK MASAK, PETROL CUBA DISELUDUP KELUAR

  • nabalunews
  • Dec 9, 2020
  • 1 min read


9 DIS 2020


SEMPORNA: Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup keluar minyak masak dan petrol menggunakan bot ke Filipina gagal, selepas terlihat kelibat Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Pulau Bohey Dulang dekat sini, Selasa.


Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata pasukan bertugas yang menerima maklumat pada 11.20 pagi mengenai penyeludupan, bergegas ke lokasi dan menghampiri bot suspek yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan bakau pulau berkenaan.



"Namun suspek melarikan diri ke kawasan bukit dan hutan di pulau berkenaan dan gagal ditemui, pasukan keselamatan kemudian menemukan 323 kilogram minyak masak dan enam tong minyak petrol (150 liter) dalam bot yang ditinggalkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohamad berkata nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan RM21,062.50.


Dalam pada itu, katanya PPM Wilayah 4 Sabah berharap komuniti maritim yang mempunyai maklumat berhubung pelanggaran undang-undang agar menghubungi WhatsApp Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-2831197 untuk tindakan lanjut. – Bernama


Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page