top of page

PPM Wilayah 4 Sabah Rampas 10,000 Liter Diesel, Tahan Seorang Di Lahad Datu

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


24 April 2026


LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas kira-kira 10,000 liter minyak diesel bernilai RM51,200 serta menahan seorang lelaki tempatan dalam Op Tiris di Jalan Paris 3, Lahad Datu, semalam.


Pemandu lori tangki minyak diesel jenama Nissan yang disyaki terlibat gagal mengemukakan dokumen penghantaran (delivery order) serta tiada pelekat dari depot sah.


Menurut kenyataan PPM, rampasan ini dipercayai berjaya membendung percubaan menyelewengkan bahan api bersubsidi yang disyaki hendak diseludup ke negara jiran.


Pemeriksaan lanjut dilakukan hasil maklumat dan pemantauan anggota di lapangan. Lori berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum diberhentikan untuk siasatan.


Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen berterusan membanteras kegiatan penyelewengan dan penyeludupan bahan api bersubsidi demi memelihara kepentingan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page