top of page

PRN-17: UPKO tanding 25 kerusi DUN

  • nabalunews
  • Nov 14, 2025
  • 2 min read

14 November 2025


PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, partinya akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada pilihan raya negeri ke-17.


Ewon yang akan mempertahankan kerusi DUN Kadamaian berkata, beliau akan mengetuai barisan calon UPKO.


“⁠Saya akan memimpin calon-calon UPKO ini untuk memperjuangkan manifesto dan agenda “Sabah First” sepertimana dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Saya juga akan memimpin calon-calon UPKO ini menawarkan kepimpinan berprinsip dengan tanda aras serta petunjuk prestasi kepada setiap mereka agar sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah.


“Saya juga akan memimpin calon-calon ini untuk memperjuangkan pelaksanaan hak 40% Sabah kerana dengan pembayaran semula hasil kita tersebut, kita boleh gunakan untuk membangunkan infastruktur dan ameniti, membangunkan ekonomi dan keusahawanan, membasmi kemiskinan dan mensejahterakan rakyat Sabah dengan lebih berkesan,” katanya.


Ewon menyeru pengundi untuk bersama agenda #SabahFirst sebagai asas perjuangan parti pada pilihan raya kali ini.


“Saya dan semua calon-calon UPKO ini memohon sokongan seluruh rakyat Sabah.

Senarai Calon:


1. N.02 Bengkoka: Junsim Bin Rumunzing

2. N.06 Bandau: Suzie Binti Salapan

3. N.07 Tandek: Jamil Bin M. Zakariah @ Majingkin

4. N.11 Kadamaian: Ewon Benedick

5. N.14 Tamparuli: Madius Bin Tangau

6. N.15 Kiulu: Joisin Bin Romut

7. N.18 Inanam: Wong Thien Fook

8. N.22 Tanjung Aru: Dennison R Indang

9. N.23 Petagas: Lee Nyuk Soon @ Jason Lee

10. N.24 Tanjung Keramat: Rosday Bin Wasli

11. N.25 Kapayan: Billy Joe Dominic

12. N.26 Moyog: Donald Peter Mojuntin

13. N.27 Limbahau: Nelson W Angang

14. N. 31 Membakut/ Rowindy Lawrence Odong

15. N.36 Kundasang: Rogers Tiam @ Aloysius

16. N.37 Karanaan: Georgina L George

17. N.40 Bingkor: Kennedy Jie John @ Kenn

18. N.41 Liawan: Wilson Gan Poi Tze

19. N.42 Melalap: Junik Bin Bajit

20. N.44 Tulid: Mohd Khairil Abdullah

21. N.46 Nabawan: Junilin @ Jubilin Bin Kilan

22. N.47 Telupid: Felix Joseph Saang

23. N.49 Labuk: Norfadzlina Binti Ramsah

24. N.50 Gum-Gum/ Peter Jr Naintin

25. N.57 Kuamut/ Mohina Binti Sidom @ Mohina Ronnie Sidom

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page