top of page

PRN17: SPR keluarkan 22,881 kertas undi pos

  • nabalunews
  • Nov 19, 2025
  • 1 min read

19 November 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya, (SPR) mengeluarkan 22,881 kertas undi pos kepada kepada pengundi yang layak bagi bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU DU Sabah) ke-17.


Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus ‎berkata, proses pengeluaran kertas undi pos itu berlangsung pada 17 dan 18 November di semua 73 Bahagian Pilihan Raya Negeri.


Katanya, ia dijalankan oleh petugas undi pos dengan kehadiran ejen-ejen undi pos mewakili parti atau calon bertanding bagi memastikan proses berjalan secara telus.


“Kesemua 22,881 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 21,362 kertas undi pos bagi kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media.


‎”Manakala sebanyak 336 kertas undi pos pula bagi kategori 1B iaitu warganegara ‎Malaysia yang tinggal di luar negara dan 1,183 kertas undi pos bagi kategori 1C (agensi atau organisasi),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut mengingatkan semua pengundi pos agar membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) dan mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan berkenaan, sebelum pukul 5.00 petang, 29 November ini.


Pada masa sama, pengundi pos juga diingatkan supaya menjaga kerahsiaan undi dan tidak merakam atau menyebarkan gambar kertas undi pos di media sosial bagi mengelakkan sebarang pelanggaran peraturan pilihan raya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page