Program 9M4JSK JOTA-JOTI Kadamaian 2026 Tamat, Fokus Pembinaan Jati Diri Belia
nabalunews
4 hours ago
2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
19 Oktober 2026
KOTA BELUD — Program 9M4JSK JOTA-JOTI Kadamaian Station bagi Penutupan 69th Jamboree On The Air (JOTA) dan 30th Jamboree On The Internet (JOTI) tahun 2026 bagi Stesen Daerah Kadamaian telah ditutup secara rasmi di Dewan Tamu Desa Kampung Tambulion Laut, semalam.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Fandhy Rajin, mewakili Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick.

Program yang berlangsung dari 16 hingga 18 Oktober 2026 itu dianjurkan oleh Pengakap Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Kadamaian, melibatkan penyertaan 33 sekolah di daerah ini.
Fandhy dalam ucaoannya, menegaskan bahawa Pengakap bukan sekadar aktiviti kokurikulum, malah platform penting untuk membina disiplin, kepimpinan, akhlak dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan generasi muda.
Katanya, kejayaan hidup bukan hanya bergantung kepada pencapaian akademik, tetapi juga kepada sikap dan kemampuan menghadapi cabaran.
Beliau turut menekankan peranan JOTA dan JOTI dalam menghubungkan peserta di luar bandar, khususnya di Kadamaian, dengan rakan Pengakap dari seluruh dunia.
“Peserta diingatkan agar menggunakan teknologi dan internet secara bijak serta bertanggungjawab, bukan sekadar untuk media sosial. Generasi muda diseru agar tidak hanya menjadi pengguna, tetapi mampu mencipta dan menguasai teknologi pada masa hadapan,” katanya.
Mengulas potensi anak muda luar bandar, beliau berkata latar belakang keluarga atau tempat tinggal bukanlah penghalang untuk berjaya. Anak-anak Kadamaian diseru menjadikan kekurangan sebagai motivasi untuk mencapai cita-cita tinggi seperti menjadi jurutera, doktor dan usahawan.
“Kejayaan memerlukan usaha, disiplin dan tindakan, bukan sekadar impian,” jelasnya.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penganjur, pemimpin Pengakap, guru, sukarelawan dan ibu bapa atas komitmen menjayakan program, serta berharap program seumpama itu diperluaskan bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada anak-anak di kawasan Kadamaian.
Peserta diminta terus belajar, tidak takut mencuba dan mengamalkan ilmu yang diperoleh, di samping sentiasa menghormati ibu bapa dan guru, berdisiplin serta bersedia membantu masyarakat.
Terdahulu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kadamaian, Mirza Affendy Asah, dalam ucapan aluan merakamkan jutaan terima kasih kepada Ewon atas sokongan berterusan beliau kepada Pengakap Kadamaian sejak tahun 2013.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru besar, guru-guru serta semua Ahli Jawatankuasa (AJK) penganjur yang komited menjayakan program tersebut.
Antara 33 sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, SMK Pekan II, SMK Usukan, SMK Tun Said, SMK Tambulion, Sekolah Kebangsaan (SK) Sayap, SK Pinolobuh, SK Kiau 1, SK Terintidon, SK Kinasaraban, SK Tamu Darat, SK Ulu Kukut, SK Rangalau, SK Tampasuk II, SK Tampasuk 1 dan SJK(C) Chung Hwa.















Me parece fascinante conocer cómo las tradiciones populares interpretan diferentes símbolos. La cábala de los sueños puede despertar curiosidad y ofrecer una oportunidad para reflexionar sobre nuestras experiencias personales. Aprecio los artículos que presentan estas ideas de forma clara y ayudan a conocer distintas perspectivas culturales.