Program Jiwa Madani @ Merdeka DUN Tanjong Papat Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan
- nabalunews
- Sep 9, 2024
- 1 min read

9 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Program Jiwa Madani @ Merdeka Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dewan Hakka Sandakan yang juga diisi beberapa acara serta taklimat kesedaran mengenai kemurungan mendapat sambutan yang baik kalangan hadirin.
Acara anjuran Komuniti Madani Sim Sim dan Komuniti Madani Happy Valley berkenaan telah dirasmikan oleh Liau Fui Fui yang juga Setiausaha kepada ADUN Tanjong Papat merangkap Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd.
Dalam ucapannya, Fui Fui menekankan pentingnya perpaduan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
Beliau juga menekankan konsep Jiwa Madani yang berteraskan nilai-nilai kemanusiaan dan perpaduan bagi memastikan negara terus aman dan makmur.
Fui Fui turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan program ini.
Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kebangsaan, di mana semua peserta diberikan peluang untuk menyuarakan pandangan serta merasai semangat kebersamaan dalam menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67.
"Sambutan yang diterima menunjukkan betapa masyarakat menghargai nilai kemerdekaan serta komitmen kerajaan untuk memastikan kemakmuran dan kestabilan negara terus terpelihara." Katanya.
Dengan tema "Jiwa Madani," program ini diharap dapat terus menjadi wadah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, khususnya di DUN Tanjong Papat, serta memperkukuhkan rasa cinta kepada negara.
Comments