top of page

Program Kembara Patriotik Pupuk Semangat Cinta Sekolah dan Negara

  • nabalunews
  • Sep 3
  • 1 min read

ree

3 September 2025


KOTA BELUD: Seramai 67 murid bersama 18 guru dan kakitangan sokongan (AKP) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung telah menyertai Program Kembara Patriotik Peringkat SK Kaung yang berlangsung pada 3 September 2025, melibatkan laluan dari Dewan Kampung Kaung hingga ke Kuraput.


Program ini melibatkan semua warga sekolah termasuk pentadbir, guru-guru serta murid-murid, dan bertujuan menyemai serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid melalui aktiviti luar bilik darjah yang berunsurkan kecintaan terhadap sekolah dan tanah air.

ree

Menurut pihak penganjur, program ini merupakan salah satu inisiatif dalam membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan murid melalui penghayatan nilai jati diri, disiplin, dan semangat kebersamaan yang tinggi. Sepanjang program, peserta menunjukkan semangat kerjasama dan disiplin yang membanggakan.

ree

Dengan penyertaan menyeluruh daripada warga SK Kaung, program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti berteraskan patriotisme yang menyokong pembangunan sahsiah dan nilai murni dalam kalangan murid.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page