top of page

Program Sentuhan Kasih 2026: ADUN Kadamaian Prihatin Rakyat

nabalunews
Jul 18
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 18 Julai – Seorang penerima bantuan yang terlantar akibat masalah kesihatan di Kampung Ratau, Kota Belud, menerima sumbangan keperluan harian menerusi Program Sentuhan Kasih Kelab Kebajikan Kadamaian hari ini.


Penerima, Rupiah Gangot, yang sukar bergerak dan hanya terlantar di rumah, merupakan salah seorang daripada golongan sasaran inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Menurut Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian yang juga ahli kelab, Hadlee Panchai, sumbangan ini merupakan usaha berterusan ADUN Kadamaian yang juga Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan untuk mendekatkan khidmat bantuan kepada masyarakat.


Hadlee menjelaskan program yang dilaksanakan sejak 2018 melalui Peruntukan ADUN Kadamaian itu bukan terhad kepada bantuan seperti ini, tetapi turut mencakupi bantuan kelahiran, kematian, bencana alam, serta keperluan asas penduduk.


Turut hadir dalam program itu ialah Penyelia UPPM Kadamaian, Joel E. Deukin, Pertugas Khidmat ADUN Kadamaian, Shainim Epin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ratau, Joseph Linggin, serta beberapa ahli kelab.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page