top of page
  • Wartawan Nabalu News

PRU15: Kenali calon sebelum memilih

Apirin (kiri) dan Handy.

20 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Warga Ranau khususnya pengundi berdaftar harus bijak memilih calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan pilihan mereka adalah calon terbaik.


Timbalan Pengerusi Tetap Keadilan Cabang Ranau, Handy Micky berkata, para pengundi wajib mengenalpasti calon berkenaan sebelum memilih dan memangkah pada hari mengundi.


“Kita mohon para pengundi berhati-hati ketika mengundi dan jangan tersalah undi. Kita mungkin mengenali seseorang calon dan menyukainya, tetapi kita perlu kenalpasti apa partinya dan beliau bergabung dengan parti apa atau pemimpin atasan.


“PRU15 amat penting dan warga Ranau wajib beri undi dan menangkan calon dari Pakatan Harapan (PH) di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau, Apirin Hj Jahalan @ Taufik Sham,” katanya.


Handy berkata, calon PH bagi Parlimen Ranau mempunyai pengalaman kerja berpuluh tahun dengan para menteri, bahkan pernah diberi kepercayaan memegang amanat sebagai Setiausaha Sulit kepada Tun Mahathir Mohamad.


Selain itu katanya, Apirin berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan dan mempunyai keperibadian yang baik, cekap dan berintegriti.


“Walau berpengalaman luas, namun perwatakannya tetap sederhana, maka wajiblah kita memberikan sokongan kepada beliau,” katanya.


bottom of page