top of page

Remaja lelaki disyaki cabul dan cederakan pelajar perempuan ditangkap polis

  • nabalunews
  • Aug 14, 2025
  • 1 min read

Remaja lelaki ditangkap kerana disyaki mencabul dan mencederakan pelajar perempuan baharu dikenali selepas ajakannya ke hotel ditolak.
Remaja lelaki ditangkap kerana disyaki mencabul dan mencederakan pelajar perempuan baharu dikenali selepas ajakannya ke hotel ditolak.

14 Ogos 2025


TAWAU: Tindakan agresif seorang remaja lelaki,17, yang mencederakan seorang pelajar perempuan, 18, selepas gadis itu menolak ajakannya untuk ke hotel membawa padah apabila ditangkap polis, semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, suspek ditangkap sekitar jam 4 petang di tepi bangunan Easten Plaza, Jalan Kuhara selepas disyaki mencabul dan mencederakan mangsa yang baru dikenalinya melalui telefon.


Katanya, kejadian itu berlaku minggu lepas (7 Ogos) sekitar jam 4 petang ketika mangsa berjumpa dengan suspek di kawasan kedai di Jalan Kuhara selepas berkenalan melalui telefon dan suspek turut mengajak mangsa ke hotel, namun, ditolak mangsa.


“Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan memaksa dan menumbuk mangsa di bahagian lengan dan perut sehingga menyebabkan gadis itu mengalami lebam serta kesakitan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Champin berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau yang menangkap suspek turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux beserta kunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kejadian.


Tambahnya, suspek yang merupakan warga tempatan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada, khususnya ketika berurusan dengan individu yang baharu dikenali dan segera membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa jenayah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page