top of page

Remaja Maut Lemas Di Sungai

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

31 Mei 2025


SOOK: Seorang remaja lelaki lemas ketika aktiviti mandi-manda bersama keluarga dalam kejadian di Kampung Pinipi Lanas, di sini, hari ini.


Mangsa berusia 14 tahun itu dikatakan disedari lemas selepas dipercayai terperangkap di dasar sungai dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.40 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Menurut pemanggil, mangsa dilaporkan lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda di sungai bersama keluarganya.


“Mangsa berjaya ditemui orang awam dengan kaedah menyelam pada jam 5.15 petang di lokasi sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di tempat kejadian.


Katanya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page