top of page

Sembunyi Rokok Seludup Bernilai RM5.5 juta di ladang sawit

  • nabalunews
  • Mar 10
  • 1 min read

9 Mac 2025


BELURAN: Tindakan penyeludup menyembunyikan rokok tidak bercukai di kebun kelapa sawit di Kampung Botition, di sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM).


Semua rokok bernilai RM5.5 juta itu berjaya dirampas hasil serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di ladang berkenaan, semalam.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai di dalam rumah berkenaan.

Katanya, terdapat 26 jenis rokok berjaya dirampas pasukan operasi antaranya Astro Menthol, King, Astro Filter King dan Astro Fuze.


"Pasukan serbuan turut berjaya menahan seorang lelaki dewasa warga Filipina yang dipercayai penjaga semua barangan berkenaan.


“Semua rokok berkenaan dianggarkan bernilai keseluruhan sebanyak RM5.568 juta termasuk cukai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua rampasan seterusnya dibawa Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk siasatan mengikut Akta Kastam 1967.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page