top of page

SMK Tawau juara kali ke-10 di Kejohanan Olahraga MSSDT

  • nabalunews
  • Aug 3, 2024
  • 1 min read

3 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Tawau (MSSDT) buat kali ke-10, semalam.


Rekod membanggakan itu dicatatkan pada penganjuran MSSDT edisi ke-57 yang berlangsung lima hari di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau, yang turut menyaksikan beberapa rekod baharu kejohanan berjaya dicipta.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang hadir merasmikan majlis penutupan kejohanan itu memuji komitmen semua pihak, khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau serta ibu bapa yang hadir memberikan sokongan sehingga kejohanan berlangsung cukup meriah.


“Beberapa rekod catatan baharu yang tercipta kali ini juga jelas menunjukkan perkembangan positif dalam sukan di daerah Tawau dan pastinya berguna apabila mereka bertanding di peringkat negeri,” katanya.


Baginya, penganjuran MSSDT adalah satu platform terbaik dalam mencungkil bakat-bakat baharu sukan olahraga untuk digilap sehingga ke peringkat lebih tinggi.


Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berharap atlet-atlet muda dari Tawau akan terus bersinar dan mampu mempertahankan kejuaraan sejak lima tahun berturut-turut di peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSS).Sabah yang dijadualkan September depan.


“Saya berharap dengan latihan, kesungguhan dan komitmen semua pihak, MSSDT akan dapat mengekalkan lagi kejuaraan pada tahun ini,” pkatanya lagi.


Pada majlis itu, beliau menyumbangkan RM5,000 untuk kontinjen Tawau bagi persediaan menghadapi persaingan di temasya sukan MSS peringkat negeri di Sandakan, tidak lama lagi.

 
 
 

1 Comment


margo zalizo
margo zalizo
Aug 15, 2025

Biasanya saya menghindari platform yang terlalu mencolok, jadi saya terkejut saat menemukan 1win Pengalaman terasa rapi dan praktis, dengan menu yang mudah diakses, promo yang menarik, dan akses lancar ke banyak permainan yang langsung saya coba.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page