top of page

Sumbangan Dana Tambahan untuk Sambutan Kaamatan Kampung Lasau Lama

  • nabalunews
  • May 31, 2025
  • 1 min read

31 Mei 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan dana tambahan bagi menyemarakkan Sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Lasau Lama. Sambutan tersebut dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2025.


Penyerahan sumbangan telah dilakukan secara rasmi kepada Judin Roslan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lasau Lama. Ia merupakan tanda sokongan Pusat Khidmat ADUN N11 kepada usaha memelihara dan mempromosikan budaya tempatan.


Dalam ucapannya, Clarence Somuil menekankan kepentingan penglibatan aktif komuniti dalam mengekalkan dan memartabatkan tradisi Kaamatan sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara oleh generasi akan datang.


Beliau turut berharap agar dana tambahan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi memastikan kelancaran dan kemeriahan sambutan Kaamatan, sekali gus mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.


Sambutan tahunan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan hasil tuaian, tetapi juga menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.


Sambutan Kaamatan di Kampung Lasau Lama dijangka menarik kehadiran pelbagai lapisan masyarakat serta jemputan khas dari pelbagai agensi dan organisasi. Acara ini sekali gus menjadi antara tarikan utama dalam kalendar kebudayaan daerah Kota Belud, dengan harapan dapat memberikan impak positif dari segi sosial dan ekonomi kepada penduduk setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page