Sumbangan Sokongan Pertukaran Budaya Antarabangsa Perkenal Warisan Astronomi Sabah ke Taiwan 2026
- nabalunews
- 2 days ago
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd
5 Mei 2026
KOTA BELUD: Pusat Khidmat ADUN Kadamaian melalui stafnya, Shainim Epin, telah menyampaikan sumbangan sokongan bagi penyertaan program Pertukaran Budaya Antarabangsa yang akan diadakan di Hualien, Taiwan pada tahun 2026. Sumbangan tersebut disampaikan bagi pihak Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Program berkenaan bertujuan memperkenalkan Warisan Astronomi Sabah ke peringkat antarabangsa, sekali gus mempromosikan keunikan budaya dan ilmu tradisional negeri ini kepada masyarakat global. Inisiatif ini diharap dapat mengukuhkan jaringan kerjasama budaya serta membuka peluang baharu kepada generasi muda Sabah.
Menurut Shainim Epin, sokongan yang diberikan mencerminkan komitmen kepimpinan dalam memperkasa usaha memartabatkan warisan tempatan. Beliau turut menegaskan bahawa penyertaan dalam program sebegini mampu memberi pendedahan luas dan pengalaman berharga kepada peserta.
Sumbangan tersebut telah diterima oleh Carolyrine Lu bagi pihak Pison Jaujip, pengasas Ropuhan Ditanak Wagu dari Kampung Tempasuk, Kota Belud. Pihak penerima merakamkan penghargaan atas sokongan yang diberikan dan bertekad untuk mengharumkan nama Sabah di pentas antarabangsa melalui program tersebut.















Comments