top of page

Sumbangan Touch Point: Gereja Katolik St. Francis Terima 50 Buah Kerusi Baharu

nabalunews
Jul 5, 2025
1 min read

5 Julai 2025


KOTA BELUD : Ahli Jawatankuasa Pembangunan Gereja Katolik St. Francis Mandap, Nelson Ginsui, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, atas sumbangan touch point berupa dana bagi pembelian 50 buah kerusi baharu untuk kegunaan gereja tersebut.


Menurut Nelson, kerusi-kerusi tersebut telah dibeli daripada gedung perabot Toko Anak Desa di Kota Belud, hasil dana yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian yang turut diwakili oleh Datuk Ewon Benedick.


“Kami amat menghargai keprihatinan Datuk Ewon terhadap keperluan asas gereja kami. Kerusi-kerusi baharu ini amat penting bagi menjamin keselesaan para jemaah semasa upacara ibadah dan pelbagai aktiviti komuniti,” katanya.


Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif touch point ADUN Kadamaian dalam menyokong pembangunan kemudahan komuniti, termasuk rumah ibadat di kawasan luar bandar. Nelson turut berharap agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan demi kesejahteraan masyarakat setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page