Sumbangan Touchpoint Kelahiran Disampaikan kepada Bayi di Kampung Lasau Minunsud
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh: Kidd
7 Mac 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim, Clarence Somuil daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan Touchpoint Kelahiran kepada seorang bayi yang baru dilahirkan di Kampung Lasau Minunsud, di sini.
Sumbangan tersebut disampaikan bagi pihak Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan rakyat, terutamanya keluarga yang menyambut kelahiran baharu dalam komuniti setempat.
Bayi yang menerima sumbangan itu ialah Althe Pajin, manakala wakil penerima ialah ibunya, Florencia Lagihad. Program Touchpoint Kelahiran ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban keluarga serta mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Clarence Somuil berkata, sumbangan sebegini diharapkan dapat memberi sedikit sokongan kepada keluarga penerima, di samping menyampaikan salam dan keprihatinan daripada Ewon kepada penduduk di kawasan Kadamaian.















Comments