top of page

Suspek Rogol Rakan Sekerja Ditahan

  • nabalunews
  • May 26
  • 1 min read

26 Mei 2025


LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dilaporkan merogol rakan sekerja wanita di Lok Bangak, Bagahak, di sini, Sabtu lalu.


Kejadian terbongkar selepas mangsa yang berusia 35 tahun tampil membuat laporan polis selepas kejadian.


Mengikut laporan, mangsa mendakwa dirogol sebanyak empat kali di kawasan semak dan di sebuah rumah kebun di kawasan berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, pihak polis terus menjalankan siasatan dan operasi memburu suspek.


“Suspek yang berusia 25 tahun berjaya ditahan pada jam 10 pagi, Ahad lalu, oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.


“Pihak polis juga akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Lahad Datu, hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum dua puluh tahun serta boleh dikenakan sebat, jika disabitkan kesalahan.


Sehubungan itu, Jimmy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada pihak polis bagi menjamin keselamatan komuniti.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page