top of page

Tambahan rumah tradisi, peraturan lebih ketat sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025

  • nabalunews
  • May 23
  • 3 min read

Dr Jeffrey (tengah) diringi sebahagian Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 mengadakan sidang media.
Dr Jeffrey (tengah) diringi sebahagian Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 mengadakan sidang media.

23 Mei 2025


KOTA KINABALU: Beberapa perubahan akan dilakukan termasuk peraturan yang lebih ketat sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun ini pada 30 dan 31 Mei di perkarangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).


Timbalan Presiden KDCA Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, antara perubahan itu ialah penambahan rumah tradisi etnik Tobilung.


"Pihak penganjur juga akan memperketatkan penguatkuasaan tahun ini bagi mengelak sebarang tingkah laku tidak terkawal atau kejadian tidak diingini," katanya pada sidang media di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Khamis.


Dr Jeffrey berkata, pengusaha gerai telah diberi tempoh memainkan alat muzik yang kuat sehingga jam 1 pagi, dan memberi amaran pengusahan gerai yang didapati engkar dengan arahan itu akan menghadapi risiko denda.


"Kita berharap pengusaha gerai akan memberikan kerjasama ini, dan kita tidak akan bertolak ansur kepada pengusaha yang tidak mematahui peraturan ini, kerana ia akan menganggu keselesahan penghuni yang tinggal berdekatan tapak perayaan," tegasnya.


Menurutnya, tahun lalu, enam rumah gerai dikenakan kompaun RM1,000 setiap satu oleh Majlis Perbandaran Penampang atas kesalahan itu.


Dr Jeffrey juga memaklumkan bahawa minuman keras beejenama 'beer' tidak dibenarkan dihidangkan di rumah tradisional tahun ini, tetapi mereka yang mencari minuman seperti itu masih boleh mendapatkannya di gerai komersial.


Beliau menjelaskan bahawa ini kerana dari 29 hingga 30 Mei, rumah-rumah tradisi ini sebaliknya akan benar-benar mempamerkan makanan, minuman, pakaian dan muzik tradisional Sabah.


Selain itu, katanya sewa gerai tetap atas alasan akan dikurangkan kepada maksimum RM5,000 setiap gerai berbanding RM7,000 tahun lepas. Bagi gerai kanopi pula, harga sewa terendah bermula RM2,500 setiap satu.


Dr Jeffrey juga menasihatkan pengunjung yang menghadiri perayaan itu untuk mengamalkan kesopanan, berikutan insiden beberapa tahun lalu di mana ada dikalangan mereka dilihat menari di atas meja.


Katanya, berikutan kejadian itu, anggota keselamatan dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) akan ditempatkan di tapak perayaan untuk mengawal keadaan, dan pasukan penguatkuasa juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pesalah yang ditangkap.


"Kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku yang tidak terkawal. Semua pengendali telah diberi amaran mengenai perkara itu.


“Jangan berlebih-lebihan ketika meraikan perayaan, sama ada minum, makan, menari atau menyanyi.


"Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan anda. Raikan dengan penuh tanggungjawab," katanya.


Jeffrey, yang juga Pengerusi Induk Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun ini berkata, perayaan itu adalah landasan penting untuk meningkatkan lagi industri pelancongan, sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah.


Beliau menjangkakan ramai pemain industri dan agensi asing akan berkumpul di semua daerah di Sabah untuk bersama-sama memeriahkan sambutan perayaan itu.


“Inilah yang kami mahu, perayaan ini landasan untuk memacu pelancongan dan ekonomi Sabah dan matlamat kami telah menjadi kenyataan dengan peningkatan bilangan pelabur pada musim ini,” katanya.


Dr Jeffrey berkata, setakat ini semua program yang dilaksanakan sempena bulan Kaamatan berjalan lancar.


"Saya dapat lihat majlis pelancaran Pesta Kaamatan di Tambunan pada 1 Mei lepas dan di peringkat daerah berjalan lancar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya jawatankuasa induk yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan perayaan ini berjalan lancar. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan sehingga perayaan ini berakhir pada 31 Mei ini," katanya.


Dr Jeffrey berkata, secara tradisi rumah tradisional di KDCA akan dijadikan rumah terbuka untuk orang pengunjung dan ramai.


“Jadi, kami menjemput semua pengunjung untuk melawat 14 rumah tradisional itu supaya kita semua dapat mengetahui lebih lanjut mengenai warisan dan budaya kita,” tambahnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan merasmikan sambutan perayaan Pesta Kaamatan ini pada 30 Mei, manakala Yang DiPertua Negeri, Tun Musa Aman akan menyempurnakan majlis penutupan sambutan itu pada 31 Mei.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page