Taufan Bavi perkukuh Monsun Barat Daya, angin kencang dijangka landa Sabah
- nabalunews
- 3 days ago
- 2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA KINABALU, 8 Julai – Pengaruh Taufan Bavi di barat Lautan Pasifik dijangka mengukuhkan aliran Monsun Barat Daya, sekali gus menyebabkan peningkatan kelajuan angin serta risiko pembentukan garis badai (squall line) di Pantai Barat Sabah dan Labuan bermula esok hingga 11 Julai ini.
Keadaan paling kritikal diramal berlaku pada 10 Julai dengan tiupan angin di kawasan utara Sabah, termasuk Kudat, berpotensi mencecah sehingga 60 kilometer sejam.
Menurut analisis cuaca terkini, beberapa kawasan di Pantai Barat Sabah pula dijangka mengalami tiupan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam, bergantung kepada keadaan cuaca setempat.
Keadaan itu turut meningkatkan risiko hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora sekiranya awan ribut petir terbentuk di perairan berhampiran.
Perkembangan cuaca petang ini menunjukkan pembentukan awan semakin aktif di Laut China Selatan dengan pergerakan awan yang lebih pantas berdasarkan imej satelit.
Keadaan atmosfera di rantau ini mula dipengaruhi oleh pengukuhan aliran Monsun Barat Daya susulan Taufan Bavi yang kini bergerak ke arah barat laut pada kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam menuju ke Taiwan dan timur Tanah Besar China.
Taufan itu mempunyai angin berkekalan maksimum sekitar 250 kilometer sejam berhampiran pusatnya, namun dijangka beransur lemah sebelum menghampiri kawasan berkenaan pada 11 Julai.
Sementara itu, cuaca di kebanyakan kawasan Sabah dijangka kembali stabil mulai 11 Julai apabila Taufan Bavi bergerak semakin jauh ke utara, sekali gus mengurangkan kesan pengukuhan Monsun Barat Daya di negeri ini.
Perubahan itu dijangka membawa tempoh cuaca yang lebih panas dan stabil dalam beberapa hari berikutnya.
Orang ramai, khususnya penduduk di Pantai Barat Sabah dan Labuan, dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran terkini menerusi saluran rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan aplikasi myCuaca.















This is a very useful and timely update that demonstrates the importance of keeping the public informed about traffic arrangements during major community events. Advance notices like this help residents, commuters, and visitors plan their journeys more effectively, reduce unnecessary congestion, and contribute to a safer remove someone from photo environment for everyone involved. It is encouraging to see the cooperation between the event organizers and the traffic authorities to ensure that both the celebration and public safety receive the attention they deserve.