top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tekun Nasional adakan taklimat pembiayaan di Kadamaian

5 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian telah mengadakan beberapa siri taklimat pembiayaan di sekitar Parlimen Kota Belud khususnya di kawasan Kadaimaian.


Taklimat pembiayaan Skim TEMAN TEKUN ini bertujuan memberikan maklumat dan menyalurkan modal pembiayaan kepada usahawan khususnya golongan B40.


Pegawai daripada Ibupejabat TEKUN Nasional Faizal Amini Mohd Yunus telah hadir ke sekitar daerah Dun Kadamaian bagi menyampaikan taklimat pembiayaan.


Turut serta dalam siri taklimat ini ialah Ketua Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian Carlye Lajimin, Pengurus Cawangan Tekun Kota Belud Haji Jaim Atoh dan pegawai-pegawai Tekun Cawangan Kota Belud serta Pejabat TEKUN Negeri Sabah.


Antara golongan sasar adalah peniaga-peniaga di sekitar pasar-Pasar Tamu dan peniaga-peniaga kecil di daerah sekitarnya.


Semoga dengan adanya siri taklimat pembiayaan daripada TEKUN Nasional ini dapat memberi peluang kepada usahawan-usahawan kecil membuat pembiayaan untuk menambahkan modal perniagaan seterusnya dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan isi rumah.


Sepanjang sesi taklimat tersebut sambutan penduduk kawasan Kadamaian begitu menggalakkan.


Taklimat itu diadakan di Kg.Tuguson, Kg.Lasau Minunsud dan Pejabat Adun Kadamaian.

Comments


bottom of page