top of page

TIADA PERANCANGAN UBAH TARIKH PEPERIKSAAN SPM, STPM

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 22, 2021
  • 1 min read

22 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah memaklumkan, keputusan berhubung peperiksaan SPM dan STPM pada bulan depan adalah mengikut ketetapan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, buat masa ini tidak ada perancangan untuk mengubah tarikh peperiksaan SPM dan STPM 2020 yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Fokus Jabatan Pendidikan Sabah adalah untuk memastikan calon peperiksaan SPM dan STPM 2020 dapat menduduki peperiksaan tahun ini walaupun dalam suasana norma yang baharu.


“Sungguhpun demikian, Kerajaan akan memastikan pematuhan SOP yang ketat akan diberi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah ada rancangan untuk menunda peperiksaan utama tersebut sekiranya jumlah kes baharu tidak berubah atau masih bertambah.


Ini kerana ada kalangan ibu bapa yang bimbang dengan pembukaan semula sekolah dan mempersoalkan apakah perlu diadakan peperiksaan SPM dan STPM bulan depan memandangkan kes baharu masih dalam lingkungan 300 hingga 500 sehari ketika ini.


Pada hari ini, tiga pelajar di negeri ini dikesan positif Covid-19 melalui saringan pelajar masuk asrama.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page