top of page

Tiada tawaran rasmi “Global Women Business 2026” dikeluarkan – SSMJ

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

3 Mei 2026


KOTA KINABALU: Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan sebarang penglibatan dalam tawaran program atau jemputan menghadiri “Global Women Business 2026” yang disebarkan melalui saluran tidak rasmi seperti aplikasi WhatsApp dan mesej peribadi.


Dalam satu kenyataan hari ini, sekretariat itu menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang tawaran rasmi berkaitan program, kursus atau jemputan tersebut melalui mana-mana saluran tidak sah.


“Sebarang mesej, panggilan atau jemputan yang menggunakan nama pegawai, wakil atau SSMJ tanpa pengesahan rasmi adalah palsu dan tidak sah.


“Semua maklumat, jemputan program dan hebahan rasmi hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi yang diiktiraf, termasuk laman web rasmi, media sosial rasmi serta surat jemputan bertulis,” menurut kenyataan itu.


Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi dan menghadiri program yang meragukan selain mengelak sebarang pembayaran kepada pihak tidak dikenali berdasarkan mesej yang diterima.


Orang awam yang menerima mesej mencurigakan berkaitan perkara itu disarankan untuk membuat semakan lanjut atau melaporkannya kepada ibu pejabat SSMJ di talian 013-896 9473 atau kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page