top of page

Tiga mangsa sesat di Bukit Mont Walker berjaya diselamatkan

  • nabalunews
  • May 31
  • 1 min read

31 Mei 2025


SANDAKAN: Tiga penggemar aktiviti riadah ‘hiking’ berdepan detik cemas selepas tersesat ketika mendaki Bukit Mont Walker, petang semalam.


Mangsa melibatkan seorang lelaki dan dua wanita itu kemudiannya terpaksa menghubungi pihak berkuasa menerusi talian MERS999 untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang.


Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


“Operasi pencarian turut dibantu dua anggota polis dan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan.


“Semua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada jam 8.15 malam,”katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, semua mangsa kemudian dibawa turun bersama pasukan penyelamat ke kawasan yang selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page