Tiga ‘Usahawan’ Ketum Ditahan Polis
- nabalunews
- Jun 25
- 1 min read

25 Jun 2025
PENAMPANG: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti menjual air ketum dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Putatan, semalam.
Operasi bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu turut merampas 78,500 mililiter cecair disyaki air ketum bernilai RM1,320.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, ketiga-tiga lelaki yang ditahan berusia lingkungan 33 hingga 41 tahun.

Katanya, hasil penahanan ketiga-tiga suspek, polis turut berjaya merampas 53 botol plastik berisi air ketum yang dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.
“Semua suspek dan barang rampasan terus dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan selanjutnya.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sammy berkata, polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Polis juga menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah dadah atau aktiviti pengedaran air ketum agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Comments