top of page

Tiga Warga Asing Ditahan Di Perairan Kota Kinabalu

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

ree

28 Disember 2025


KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.


Ketiga-tiga warga asing yang menaiki sebuah bot penumpang ditahan dalam operasi pemeriksaan rutin kira-kira 1.01 batu nautika barat laut Tanjung Lita, semalam.


Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana

Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, bot berkenaan ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

ree

Katanya, hasil pemeriksaan, bot berkenaan dikendalikan seorang juragan bersama dua kru yang dipercayai warganegara Filipina

berusia lingkungan 14 hingga 39 tahun.


“Pemeriksaan mendapati semua individu terbabit gagal mengemukakan pasport, dokumen perjalanan atau permit sah semasa diperiksa.


“Susulan itu, bot bersama juragan dan kru ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.


Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan dan nilai keseluruhan rampasan aset dianggarkan berjumlah RM30,000.


Dalam perkembangan sama, Khairulanuar menegaskan Maritim Malaysia akan terus

mempergiatkan operasi rondaan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi

memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.


Sehubungan itu katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan.


“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page