Tujuh Jalan Terjejas Di Beaufort
- nabalunews
- 15 minutes ago
- 1 min read

2 Januari 2026
BEAUFORT: Jabatan Kerja Raya melaporkan tujuh jalan utama di daerah ini terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Dalam kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, antara jalan terjejas adalah Jalan Suasa, Jalan Balibata, Jalan Binunuk, Jalan Luagan, Jalan SRK Batu 60, Jalan Kompleks Sukan dan Jalan Lintas Pekan serta Jalan Bandau, Kuala Penyu.
Katanya, dua jalan iaitu Jalan SRK Batu 60 dan Jalan Lintas Pekan ditutup sepenuhnya dan tidak boleh dilalui sepenuhnya.
“Jalan lain yang terjejas seperti Jalan Binunuk hanya selamat untuk dilalui oleh kenderaan tinggi sahaja.

“Manakala jalan lain masih boleh dilalui oleh semua kenderaan selepas tindakan awal pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan,” katanya.
Kenyataan itu turut mencadangkan beberapa laluan alternatif yang disarankan kepada orang awam.














