Tukang-Tukang juara pertandingan tarian etnik kreatif 2025
- nabalunews
- May 10
- 1 min read

10 Mei 2025
KENINGAU: Kumpulan Tukang-Tukang muncul sebagai juara pertandingan tarian etnik kreatif 2025 kategori kumpulan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau yang berlangsung di pentas Dataran Keningau, semalam.
Naib juara dalam kategori ini disandang oleh Tatarigas Dancer & Art Club manakala tempat ketiga jatuh kepada Warisan Seni Budaya Kampung Masak.
Tiga lagi kumpulan terdiri daripada Dyvete Dudai, Badau Dance Troufe dan Persatuan Gana Bingkor masing menerima hadiah saguhati.
Bagi kategori Duo gandingan Darylene Calista Delvin dan Clevery Xiaverra dinobatkan sebagai johan.
Tiada pemenang kedua dan ketiga dalam kategori ini dan tiga gandingan yang lain masing-masing menerima hadiah saguhati.
Sementara itu Darlyne Calista Delvin Uik merangkul gelaran juara dan tiga peserta yang lain dalam kategori ini terdiri daripada Clevery Xiaverra, Elena Diane Freadoline dan Regina Cassie Freadoline masing-masing menerima hadiah saguhati.
Pertandingan ini dirasmikan oleh Datin Doris Jopirit, isteri ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik yang sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pesta Kaamatan peringkat Daerah Keningau berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat dan berakhir Ahad yang akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.
Comments