top of page

UPKO pilihan belia, beliawanis Simpang 4, Kg Wonod, Telupid

  • nabalunews
  • Dec 16, 2024
  • 1 min read

16 Disember 2024


TELUPID : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menjadi pilihan belia dan beliawanis Simpang 4, Kampung Wonod, Telupid untuk menyertai perjuangan parti itu.


Pada majlis ramah mesra dan penerimaan ahli baharu di Telupid, Ahad lalu, Ketua Bahagian UPKO Beluran yang juga Ketua Pemuda UPKO Pusat, Felix Saang menerima kemasukan belia dan beliawanis Simpang 4, Kg Wonod, Telupid

yang diketuai oleh Mohd Khairul Akmal Mohd Tasim dan Nurul Shafeena Ghani.


"Selamat datang ke keluarga besar UPKO kepada para belia dan beliawanis Simpang 4, Kg Wonod Telupid yang diketuai oleh Mohd Khairul Akmal Mohd Tasim dan Nurul Shafeena Ghani. Anak muda yang hebat dan aktif dalam bidang masing-masing," kata Felix.


Di majlis itu, Felix yang memenuhi jemputan Generasi Muda UPKO Telupid, berkesempatan berdialog mengenai perkara-perkara yang melibatkan anak muda.


"Terima kasih kepada beberapa kaum ibu yang hadir sama. Semoga para belia terus gigih berusaha dan turut memainkan peranan penting untuk memajukan daerah Telupid," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page