UPKO rai ulangtahun ke-30, Wong Thien Fook dinobat Anugerah Presiden
Wartawan Nabalu News
Aug 11, 2024
2 min read

11 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meraikan sambutan ulang tahun ke-30 dalam suasana penuh makna yang dihadiri para pengasas parti itu.
Ketika berucap pada majlis itu, Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, sambutan ulang tahun ke-30 membuktikan parti itu terus relevan dan mempunyai kesinambungan, sumbangan, pencapaian, pewaris dan kisah kejayaan tersendiri.
Beliau menyatakan majlis tersebut lebih bermakna dengan kehadiran pengasas-pengasas parti seperti Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Datuk Tan Yong Gee, Datuk Christine Vanhouten, Datuk Dr Othman Minudin dan Datuk Wong Thien Fook.

“Dalam setiap sambutan ulang tahun, sama ada dalam keluarga, organisasi dan pertubuhan termasuk parti kita, sudah tentu kita ingin melihat kebersamaan bukan hanya pimpinan tetapi juga ahli-ahli seperti yang kita tonjolkan pada malam ini.
“Apa yang paling membanggakan saya selaku ketua keluarga, ketua pimpinan parti pada hari ini adalah melihat pengasas parti hadir bersama-sama kita. Mereka masih setia bersama pimpinan UPKO sehingga kini,” katanya.
Mengimbas titik mula menyertai UPKO, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau menyertai parti itu 20 tahun lalu dan menubuhkan Komulakan pada tahun 2005.

“Sehingga kini, rakan-rakan dalam Komulakan pada tahun 2005 masih bersama kita. Ini membuktikan UPKO di sebalik usia 30 tahun terus menjadi satu parti yang releven, satu parti yang ada kesinambungan dan sumbangan serta pencapaiannya,” katanya.
Katanya lagi, sempena ulang tahun ke-30 parti itu, pendekatan baharu dalam konvensyen turut diperkenalkan di mana “kita dididik dalam kepimpinan bahawa pimpinan UPKO dan ahli-ahlinya harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah”.
“Maka konvensyen UPKO adalah platform untuk pimpinan kita yang mendapat tempat di kementerian dan agensi kerajaan untuk berhujah wawasan mereka di agensi masing-masing dan bagiamana agensi berkenaan boleh membantu menyelesaikan isu rakyat yang kita perjuangkan selama ini yang terkait dengan pembangunan keusahawanan, pendidikan dan ekonomi,” katanya.

Sempena sambutan itu, Datuk Wong Thien Fook dinobatkan Anugerah Presiden atas sumbangan perjuangan, kepimpinan, kesetiaan dan komitemen besar beliau dalam parti.
Datuk Wong juga merupakan satu-satunya barisan pengasas Majlis Tertinggi UPKO yang terus berkhidmat dalam jawatankuasa tertinggi parti hari ini sebagai Naib Presiden.
Ewon berharap dedikasi dan komitmen besar Datuk Wong menjadi motivasi dan inspirasi kepada semua ahli UPKO.
Ewon turut merakamkan penghagraan kepada barisan pengasas parti yang telah menubuhkan Upko yang kini menjadi platform untuk menyuarakan pendirian dan pandangan untuk tindakan kerajaan seterusnya pembangunan negara.
“Semoga kita dapat menyambut ulang tahun UPKO yang seterusnya supaya parti ini terus kekal relevan selama-lamanya.
“Sambutan ini juga memberi ruang kepada kita untuk menginsafi perjuangan kita selama ini. Masih banyak tuntutan rakyat yang belum terlaksana dan kita akan teruskan perjuangan parti demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.
“Ini adalah UPKO yang kita tubuhkan untuk menyediakan wadah perjuangan bukan hanya kepada rakyat tetapi menjadi wadah penyelesaian masalah dan isu-isu rakyat,” katanya.















Menarik untuk melihat bagaimana sambutan ulang tahun ke-30 UPKO turut menghargai sumbangan dan kesetiaan para pengasasnya. Kehadiran tokoh-tokoh yang terlibat sejak awal juga memberikan gambaran tentang kesinambungan organisasi tersebut sepanjang tiga dekad. Saya juga baru menemui Quenq VC ketika meneroka permainan yang boleh dimainkan terus melalui pelayar.
This is a useful and well-written post with information that is easy for beginners to understand. While researching jaya9 best, I came across this topic and found the discussion helpful. Thanks for sharing such clear and practical information.
One thing I appreciated in this article was the focus on accessibility. I ran into TFTFans recently while trying to compare the current Teamfight Tactics meta comps, and I could get started directly in the browser.
The presence bad parenting of the founders demonstrates the bond between the old and new generations.
Congratulations to UPKO on the thirtieth anniversary. Having founders like Bernard Dompok still in the room says a lot about how the party has held together over three decades. Seeing Wong Thien Fook receive the Anugerah Presiden feels overdue given how long he has been involved. The convention framing leadership as part of the solution is the line worth keeping. I edit clips from events like this and always need a Video Thumbnail first.