top of page

UPKO Ranau Serah Sumbangan Dana kepada Gereja SIB Namaus Lama

  • nabalunews
  • Mar 2
  • 1 min read

2 Mac 2025


RANAU: Ketua Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau, Georgina George, mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, telah menyerahkan sumbangan dana kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Namaus Lama hari ini 2 Mac 2025.


Sumbangan tersebut diterima oleh Bendahari gereja, Nelly Duyang, bagi pihak Gereja SIB Kampung Namaus Lama.


Menurut Nelly, dana yang diterima akan digunakan untuk pembelian alat-alat muzik bagi keperluan gereja.


Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh Ketua Majlis Gereja SIB Namaus Lama, Chauhin Koumpat.


Bantuan tersebut diharapkan dapat membantu memperkasa aktiviti keagamaan di gereja berkenaan, khususnya dalam aspek muzik dan ibadah.


Dalam pada itu, Georgina menyampaikan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinannya terhadap keperluan komuniti setempat, termasuk institusi keagamaan.


Beliau menegaskan bahawa sokongan terhadap rumah ibadat adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh keharmonian masyarakat.


Pihak gereja turut merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan, yang dilihat sebagai satu bentuk sokongan kepada pembangunan rohani dan sosial dalam kalangan jemaah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page