top of page
  • nabalunews

USHWANE perkasa usahawan wanita luar bandar Sabah

6 Ogos 2024


PENAMPANG : Perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-3 Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE) yang berlangsung di Hotel D’Arc Donggongon, di sini, baru-baru ini, sekali lagi telah memberikan kepercayaan kepada Rowindy Lawrence untuk kekal menerajui dan memimpin persatuan itu sebagai Pengerusi USHWANE bagi penggal 2024/2026.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan kerana sekali lagi telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi Persatuan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pusat 2023 sepanjang perkhidmatan bersama-sama dalam proses memperkasakan persatuan ini” kata Rowindy dalam ucapannya.


Beliau yang dipilih sebagai Pengerusi USHWANE sejak 2019 berkata mesyuarat itu telah berjalan dengan amat baik dan lancar ketika proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat bagi penggal 2024/2026.


Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat baharu USHWANE yang telah dipilih oleh perwakilan terdiri daripada Ferneystelin Ferneysto sebagai Timbalan Pengerusi, Chelsiea Japanis sebagai Setiausaha Agung, Fiona Chang sebagai Bendahari Agung dan Suzie Salapan selaku Penolong Setiausaha.


Manakala ahli biasa terdiri Rainih Sitian , Shainim Epin, Felimena Andreas, Nancy Lau , Florence Godfrey , Haney Sising , Norhanah Dulau, Rovica Lawrence, Winnie Lampan, Alinah Sising, Christina Sintoh, Anita Francis, Wendy Smallfield, Roscy Limy dan Mary Juis.


Dalam ucapannya, Rowindy berkata

USHWANE mempunyai 8 unit sebagai panduan kepada ahli untuk membimbing persatuan ini.


8 unit terbabit ialah unit tenaga pengajar, unit kraftangan, unit fesyen dan pakaian tradisi , unit makanan kering dan basah, unit pelancongan, kesenian dan kebudayaan, unit rekreasi dan riadah, unit kebajikan dan unit industri pertanian.


"USHWANE membantu ahli-ahlinya bukan sahaja dari segi pemasaran produk dan peningkatan kemahiran tetapi juga dari segi sokongan untuk mengembangkan perniagaan agar sama-sama dapat mencipta kejayaan.


"Ini sejajar dengan visi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang mahu melihat

lebih ramai ahli-ahli persatuan dan usahawan wanita di luar sana untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan masing-masing” katanya.


”Persatuan ini berterima kasih atas kesudian Datuk Ewon hadir merasmikan majlis penutupan pada hari ini serta merasmikan 4 cawangan baharu iaitu cawangan Membakut, cawangan Kota Belud, cawangan Penampang dan cawangan Keningau.


"Selain itu kami juga berterima kasih atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan kepada persatuan, ucapan penutupan serta amanat Datuk Ewon serta perkongsian beliau mengenai kisah kejayaan usahawan wanita di negeri lain yang telah membuka mata dan amat memberikan inspirasi serta motivasi kepada para perwakilan yang hadir untuk terus berusaha lebih gigih mengharungi pelbagai cabaran dalam perniagaan,” katanya.


Selepas majlis perasmian penutupan, program disusuli dengan bengkel membuat anting-anting manik yang dikendalikan oleh Carmelita Santos.


Di majlis ini, USHWANE turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ewon.

コメント


bottom of page