top of page

Wakil Rakyat Calon Bebas Hadapi Kekangan Akses Peruntukan

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

27 November 2025


KOTA KINABALU: Calon bebas sering berdepan cabaran besar dalam usaha membangunkan kawasan diwakili khususnya dari segi akses kepada peruntukan kerajaan.


Penganalisis politik, Tony Paridi Bagang berkata, ketiadaan sokongan struktur parti menyebabkan calon bebas tidak mempunyai akses yang luas kepada peruntukan pembangunan berbanding wakil rakyat daripada parti pemerintah.


Katanya, akses terhadap peruntukan kerajaan sangat terhad dan hal ini membantutkan perancangan pembangunan di kawasan yang mereka wakili.


“Sekiranya menang, seorang ADUN Bebas terpaksa membina hubungan baik dengan kerajaan serta parti pemerintah bagi memastikan kelangsungan pembangunan.


“Malah wakil rakyat bebas terpaksa lebih berhati-hati ketika bersuara secara kritikal terhadap kerajaan kerana bimbang hubungan harmoni itu terjejas, sekali gus menjejaskan pembangunan di kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Tony berkata, terdapat juga batasan yang membantutkan kebolehan calon Bebas untuk mengumpul sokongan lebih luas sama.


“Ia mungkin ada sedikit perbezaan dengan calon ‘Gelombang Hitam’ yang lebih teratur walaupun bukan parti politik.


“Faktor personaliti menjadi penentu utama sokongan. Pengaruh mereka sangat bergantung isu yang dibawa dan ini mengehadkan kemampuan untuk menarik sokongan lebih besar dalam kalangan rakyat,” ujar Tony.


Menurutnya, landskap politik semasa menunjukkan bahawa meskipun calon bebas mampu menawarkan pendekatan baharu, kekangan struktur dan sumber yang terhad terus menjadi cabaran utama dalam membina pengaruh dan pembangunan jangka panjang.


Namun begitu, Tony berkata, calon bebas memiliki kelebihan yang membolehkan mereka menjadi alternatif kepada pengundi yang sudah hilang keyakinan terhadap calon parti kerajaan semasa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page