Wanita Ditahan, Sembilan Tong Gas Dirampas Dalam Kes Ceroboh Stor

Oleh: Romie Stanley DGuns
TAWAU, 2 Okt: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia kira-kira 61 tahun dan merampas sembilan tong gas bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah stor penyimpanan barangan kedai di Kalabakan, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan di Kampung Mangga, Kalabakan, hasil maklumat yang diterima mengenai penglibatannya dalam kes itu.
Menurutnya, pemeriksaan polis turut membawa kepada rampasan sembilan tong gas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan barang rampasan dibawa untuk tindakan lanjut.
Rosdi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan jenayah serta menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan kepada polis bagi membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.















The report notes the suspect is a 61-year-old woman and that nine gas cylinders were seized, yet it doesn't explain how the cylinders connect to the alleged store break-in under Section 448. Were they taken from the premises, or found elsewhere during the arrest? That distinction matters for understanding the charge. It would also help to know whether police are seeking other suspects, since a single person moving nine cylinders seems logistically difficult.
Useful reference: https://worksheetgenerator.org/