top of page

Wanita Lemas Ditemui Terapung Di Sungai

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

21 Ogos 2025


PITAS: Seorang wanita ditemui terapung dipercayai lemas dalam kejadian di Sungai Kampung Nibang, di sini, awal pagi tadi.


Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh orang awam sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mangsa daripada Balai Polis Pitas pada jam 7.21 pagi.

ree

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 34 kilometer dari BBP Pitas untuk membantu.


“Bilik kawalan BBP Pitas terima panggilan daripada pihak polis untuk memohon bantuan mengambil mangsa yang terapung di Sungai Kampung Nibang, di sini.


“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak membawa naik mangsa menggunakan tali,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sebaik disahkan meninggal dunia, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan pada jam 9.19 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page