top of page

Wanita terharu dapat status kewarganegaraan selepas lebih 17 tahun berusaha

  • nabalunews
  • Jun 18, 2025
  • 2 min read

Chin menunjukkan dokumen pengesahan status kewarganegaraannya di hadapan pejabat KDN
Chin menunjukkan dokumen pengesahan status kewarganegaraannya di hadapan pejabat KDN

17 June 2025


TAWAU: Penantian lebih 17 tahun seorang wanita dari Tawau untuk mendapatkan status warganegara Malaysia berakhir apabila mendapat khabar gembira bahawa permohonannya diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semalam.


Chin Siew Ken melahirkan rasa amat gembira dan terharu dengan perkhabaran tersebut dan menyatakan jika diberi pilihan antara memenangi hadiah cabutan bertuah atau menerima kewarganegaraan, dia pasti akan memilih status warganegara.


“Identiti sebagai rakyat Malaysia amat penting bagi saya,”katanya yang pernah membuat permohonan sebanyak tiga kali sejak 2008 hingga 2019 tetapi kesemuanya ditolak.


Menurutnya, dia tidak berputus asa lalu meminta bantuan daripada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah pada tahun 2023.


Katanya, pada Disember 2023, dia membuat permohonan baru dengan menyerahkan kesemua dokumen yang berkaitan kepada Naib Presiden PHRS iaitu Jeanvay Chai untuk tindakan lanjut.


“Saya berasa amat terharu dan gembira setelah menerima berita baik bahawa saya disahkan menjadi Warganegara Malaysia selepas enam bulan.


“Saya tidak menyangka proses permohonan ini mengambil masa begitu singkat. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Parti Harapan Rakyat Sabah, khasnya Presiden Tan Sri Liew begitu prihatin dan giat membantu rakyat,”katanya lagi.


Chin turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan GRS atas usaha dan komitmen membantunya sehingga permohonan diluluskan.


Dalam masa yang sama, wanita itu mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan individu yang menjanjikan permohohanan kewarganegaraan dengan cara mudah kerana proses tersebut memerlukan dokumen lengkap serta perlu memenuhi semua syarat ditetapkan.


“Jika ingin membuat permohonan, sila pergi terus ke JPN untuk mendapatkan maklumat sahih,”katanya yang berharap Tan Sri Liew akan terus berbakti kepada masyarakat Tawau.


Beliau turut mengajak orang ramai agar terus menyokong kepimpinan kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page