top of page

Wanita UPKO Telupid Perkasa Kepimpinan Politik Tempatan

  • nabalunews
  • Sep 16
  • 1 min read

ree

15 September 2025


TELUPID: Program Iltizam Wanita UPKO Telupid yang berlangsung di Institut Pendidikan Sabah (IPS) di sini, semalam, berjaya menghimpunkan lebih 60 peserta bagi memperkukuh peranan wanita dalam politik dan komuniti.


Program anjuran Wanita UPKO DUN Telupid itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian UPKO Beluran yang juga Ketua Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang.


Felix dalam ucapannya berkata, wanita adalah tonggak penting dalam membentuk masyarakat progresif serta berdaya saing.

ree

Katanya, wanita bukan sahaja pelengkap perjuangan parti, malah ejen perubahan khususnya di peringkat akar umbi.


“Kesetiaan, disiplin dan kerja berpasukan adalah kunci untuk memastikan Sabah terus maju jaya,” katanya.

ree

Sementara itu, penceramah yang hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Eksekutif, Rowindy Lawrence, Ahli Exco Wanita UPKO Dr. Nicole Wong dan Ketua Wanita UPKO Beluran, Fauziah Kudus yang berkongsi pandangan mengenai kepimpinan, inspirasi politik serta peluang pengukuhan ahli baharu.


Program berkenaan antara lain bertujuan memperkukuh suara wanita dalam tuntutan 30 peratus kepimpinan, meningkatkan kesedaran politik serta memperkenalkan peluang penyertaan ahli baharu UPKO.

ree

Penganjuran ini turut membawa hasil positif apabila sebanyak 35 borang keahlian baharu diterima, menandakan sokongan masyarakat terhadap perjuangan parti di kawasan itu.

ree

Wanita UPKO Telupid berharap iltizam yang dizahirkan dapat diterjemah kepada pelaksanaan jangka panjang demi kemajuan komuniti setempat seiring visi #TelupidProgresif.


1 Comment


Sam Dillard
Sam Dillard
Sep 16

It combines smooth in Snow Rider 3D, responsive gameplay with gorgeous visuals to create an experience that feels authentic, engaging, and endlessly replayable.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page