top of page

Warga Asing Ditahan Bersama Syabu Bernilai Lebih RM22,000

  • nabalunews
  • 14 hours ago
  • 1 min read

ree

29 Oktober 2025


SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dalam operasi yang dilaksanakan di Kampung Sri Jaya, di sini, Selasa lalu.


Dalam operasi kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit ditahan bersama dadah dipercayai jenis syabu seberat 200.54 gram.


Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Jaafar Hakim, berkata tangkapan berjaya dilakukan hasil maklumat risikan berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

ree

Katanya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna dengan bantuan anggota Balai Polis Pulau Bum Bum telah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan.


“Hasil pemeriksaan terhadap beg silang berwarna hitam yang dibawa suspek didapati berisi satu bungkusan plastik hitam.


“Pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi empat peket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM22,059 berdasarkan harga pasaran semasa.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan,” katanya.


Sehubungan itu, Jaafar menegaskan pihak polis sentiasa memandang serius sebarang bentuk pengedaran, pemilikan dan penyalahgunaan dadah.

ree

Katanya, orang ramai juga disarankan agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras jenayah narkotik di daerah Semporna.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page