top of page

Warga Emas Hilang Sejak 16 Disember Lalu Ditemui Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

21 Disember 2025


KOTA BELUD: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak 16 Disember lalu ditemui meninggal dunia di kawasan Pertanian Tumpul Tambulion Luminodip, di sini, hari ini.


Mangsa yang dikenali sebagai Minun Kasim berusia 83 tahun ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh pasukan operasi yang terdiri daripada lapan anggota agensi penyelamat dan 12 penduduk kampung.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, Pasukan Penyelamat menghadapi kesukaran membawa keluar mangsa kerana paras air sungai yang dalam dan berarus.

ree

Katanya, Pasukan Penyelamat terpaksa menggunakan laluan alternatif di kebun sawit untuk sampai ke lokasi mangsa menggunakan utiliti Vigo Bomba.


“Setelah kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari kawasan paya berjaya, mayat mangsa seterusnya di bawa ke jalan raya utama menggunakan utiliti Vigo.


“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.


Terdahulu, dalam kejadian 16 Disember lalu, mangsa disedari hilang dipercayai hilang di kawasan Kampung Tambulion Laut, di sini, selepas tidak pulang ke rumah.


Menurut pengadu, kali terakhir mangsa dilihat di kawasan kampung berkenaan pada Isnin lalu kira-kira jam 5.30 petang.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page