Warga emas meninggal dunia selepas dilaporkan hilang
- nabalunews
- 34 minutes ago
- 1 min read

22 November 2025
TUARAN: Seorang warga emas berusia 87 tahun ditemui meninggal dunia berhampiran rumahnya selepas dilaporkan disedari hilang sejak awal pagi di Kampung Bayag Kiulu, Tuaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada jam 3.30 petang:
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Mangsa dikatakan disedari hilang selepas gagal ditemui di biliknya sekitar jam 6 pagi oleh ahli keluarganya.
“Bimbang dengan keselamatannya, ahli keluarga mangsa terus menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa merupakan seorang pesakit prostat yang memakai beg air kencing, itu kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 30 meter dari rumahnya.
“Pihak KKM yang hadir membantu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan selepas pasukan memastikan kawasan selamat dan tiada ancaman lain,” katanya.


















Comments