YBR sediakan dana RM300,000 biayai yuran kursus INSKEN di Sabah dan Sarawak – Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

YBR sediakan dana RM300,000 biayai yuran kursus INSKEN di Sabah dan Sarawak – Ewon 

 


Ewon menyaksikan penyerahan replika cek RM300,000 daripada YBR yang disampaikan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang, kepada Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin.

11 Mei 2024

 Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) sediakan dana sebanyak RM300,000 untuk membiayaai yuran usahawan yang menyertai kursus Institut Keusahawanan Negara (KNSKEN) di Sabah dan Sarawak.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia akan memberi manfaat kepada seramai 1,200 usahawan yang ingin mengikuti program keusahawanan anjuran INSKEN, satu daripada agensi di bawah kementerian.

 

“Terdapat usahawan yang mempunyai pengetahuan terhad untuk membangunkan strategi perniagaan berkesan untuk bersaing di pasaran.

 

“Oleh itu, pendekatan pembangunan pengetahuan dan kemahiran usahawan diperlukan bagi menghasilkan perniagaan yang mempunyai daya saing kuat dalam pasaran.

 

“Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan berita baik kepada usahawan dan peniaga kecil bahawa INSKEN dengan kerjasama YBR bakal memberi manfaat berjumlah RM300,000 kepada 1,200 usahawan di Sabah dan Sarawak,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), di Dewan Masyarakat Datuk Shahbandar Makang, di sini, hari ini.

 

Ewon berkata, pembiayaan itu akan memberi peluang dan galakan kepada para usahawan di Malaysia Timur untuk menyertai progam latihan keusahawanan.

 

“Yayasan Bank Rakyat akan memberi tajaan sebanyak RM250 bagi setiap peserta yang menyertai program latihan keusahawanan anjuran INSKEN di Sabah dan Sarawak.

 

“Melalui inisiatif ini, saya berharap agar lebih ramai usahawan informal di Sabah dan Sarawak akan mengambil peluang untuk menimba ilmu keusahawanan bagi memantapkan perniagaan masing-masing,” katanya.

 

Beliau juga menyeru agar usahawan di negeri ini merebut manfaat yang disediakan KUSKOP dengan mendaftar program latihan INSKEN di laman web www.insken.gov.my.

 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching, ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury, Pengerusi TEKUN Nasional Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid, ketua-ketua jabatan persekutuan negeri dan ketua-ketua agensi KUSKOP.

 

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page