top of page

YBR Sumbang 300 Kerusi dan 6 Meja Lipat kepada SK Bongkol

  • nabalunews
  • Feb 20, 2025
  • 1 min read

20 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KUDAT: Sekolah Kebangsaan (SK) Bongkol, Pitas menerima sumbangan sebanyak 300 kerusi dan enam meja lipat daripada Yayasan Bank Rakyat Malaysia (YBR) dalam satu majlis penyampaian bantuan yang berlangsung pada 18 Februari 2025 yang lalu.


Bantuan ini merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) YBR dan disalurkan menerusi Koperasi Kraftangan Kampung Sinukab Kanibongan Berhad. Penyerahan rasmi dilakukan oleh Junsim Rumunzing, Pengerusi Koperasi Kraftangan Kampung Sinukab Kanibongan Berhad.


Bantuan tersebut diterima oleh Guru Besar SK Bongkol, Justin Akun, yang melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan YBR dalam membantu memenuhi keperluan asas sekolah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah guru SK Bongkol, London Gogomboh, para ibu bapa pelajar, dan sekumpulan murid yang menyaksikan penyerahan sumbangan berkenaan.


"Bantuan ini sangat bermakna kerana ia menyelesaikan masalah kekurangan kemudahan asas di sekolah kami. Terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat Malaysia kerana sudi membantu kami," kata Justin dalam ucapannya.


Mewakili masyarakat sekitar Kampung Bongkol, beliau turut menyampaikan penghargaan khusus kepada Pengerusi YBR, Datuk Philip Lasimbang, atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada komuniti pendidikan di kawasan tersebut.


Bantuan seperti ini diharap dapat meringankan beban pihak sekolah dan memberi keselesaan kepada murid-murid dalam sesi pembelajaran.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page