top of page

Yezree Sumping Dipilih Pengerusi JKKK DUN N11 Kadamaian Kampung Bahab

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

6 Februari 2026


KOTA BELUD: Proses pengundian bagi pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN N11 Kadamaian bagi Kampung Bahab telah berlangsung dengan lancar di Dewan Serbaguna Kampung Bahab, di sini, hari ini.


Seramai 118 orang pemilih yang layak mengambil bahagian dalam proses pengundian tersebut bagi memilih kepimpinan baharu JKKK kampung berkenaan. Proses ini mencerminkan komitmen penduduk kampung dalam memastikan kepimpinan yang telus dan berwibawa.


Majlis pengundian telah dikendalikan oleh Joel Ewel Deukin selaku Penyelia dan Pemaju Mukim, dengan dibantu oleh Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian. Keseluruhan proses berjalan secara teratur dan telus hasil kerjasama baik penduduk kampung serta pihak pengurusan.

Pemilihan tersebut menyaksikan tiga calon bertanding, iaitu Sarangat Mudi yang dicalonkan oleh Mariana Robot dan disokong oleh Jeffrey Tulis; Yezree Sumping yang dicalonkan oleh Charles Jalius dan disokong oleh Oakud @ Jafferysin Esin; serta Alice Taisin yang dicalonkan oleh Lembeyut Sinkun dan disokong oleh Chenra Linda Lim.

Keputusan rasmi menyaksikan Yezree Sumping memperoleh undian tertinggi sebanyak 62 undi dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Bahab yang baharu. Alice Taisin memperoleh 39 undi, manakala Sarangat Mudi menerima 17 undi.

Pelantikan ini diharap dapat memperkukuh pentadbiran serta memacu pembangunan Kampung Bahab sejajar dengan aspirasi penduduk setempat dan hala tuju pembangunan DUN N11 Kadamaian.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page